Wednesday, 23 February 2011

Lat Kampung Boy sebuah Musikal


Lat Kampung Boy sebuah Musikal

16 Mac - 3 Apr 2011

Saksikan karya terulung Dato' Lat, 'Kampung Boy' dipentaskan buat pertama kali.

SIPNOSIS
Teater muzikal ini mengisahkan kehidupan Lat yang bermula sejak zaman kanak-kanak ketika beliau membesar di sebuah kampung di Perak, sehinggalah beliau menjadi kartunis yang dikagumi di seluruh Negara dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

    Mohd Khalid, atau lebih dikenali sebagai Lat, dilahirkan di sebuah kampung kecil di Kota Baru pada tahun 1951. Sejak awal usianya, beliau telah menunjukkan minat yang mendalam dan berbakat besar dalam melukis. Mujur ayahnya, seorang kakitangan kerajaan berjawatan kerani, memberikan dorongan penuh kepada kesungguhan dan minat anaknya.

    Berhijrah ke kota Ipoh untuk mencari peluang lebih baik, Lat secara automatik menjadi budak 'kota' yang menemukannya dengan Mrs. Hew, guru yang banyak menekankan betapa pentingnya pengetahuan dan pembelajaran. Lat turut mengenali Frankie, seorang budak Cina yang berkongsi minat sama dengannya, iaitu muzik.
 
    Semasa dewasa, Lat berpindah ke ibu kota Kuala Lumpur (KL) di mana beliau memulakan kerjaya sebagai wartawan jenayah di New Straits Times, Balai Berita – di bawah bimbingan Pengarang Kanan, Pak Samad. Di KL, Lat juga bertemu dan jatuh cinta dengan Faezah. Tatkala hampir mengalah berhadapan dengan kehidupan mencabar di KL dan ingin kembali ke Ipoh, ketika itulah karya kartunnya, 'Sunat' diterbitkan dalam Asia Magazine.
 
    Di sinilah bermulanya titik penting kepada perubahan dalam hidupnya.
“Scenes of a Malaysian Life” dan "The Kampung Boy" karya Lat pula menyusul kemudiannya.
 
    Kehidupan Lat mula berubah, karya kartunnya juga menjadi kegemaran rakyat Malaysia di mana-mana sahaja. Impiannya untuk menjadi kartunis profesional sepenuh masa akhirnya menjadi realiti.


    Namun kemasyhurannya itu perlu dibayar dengan nilai tersendiri. Lat terperangkap dalam arus perhatian umum. Umpama orang di sekeliling menyelidiki setiap sudut dirinya. Syarikat besar mula menghubunginya. Lawatan dan tugasan mula “menghimpit” waktunya. Beliau mula berjuang berhadapan tuntutan menjadi ikon Negara.

    Apakah yang beliau lakukan untuk menghadapi semua ini? Adakah Lat berjaya menangani tuntutan yang dihadapinya? Saksikan LAT Kampung Boy Sebuah Muzikal untuk mengetahui kesudahannya.



Musikal ini akan dibintangi oleh Awie, Atilia, Douglas Lim, Dato' Rahim Razali, Jalil Hamid dan Sandra Sodhy. Persembahan ini adalah di bawah arahan bersama Hans Isaac dan Harith Iskandar.

Lat Kampung Boy sebuah Musikal ini diterbitkan oleh sebuah kerjasama di antara Institut Terjemahan Negara Malaysia, Tall Order Productions Sdn Bhd dan Istana Budaya.

Diskaun 20% dari harga tiket ada diberikan untuk 2 persembahan terawal - 16 dan 17 Mac 2011



(klik utk besarkan)

(klik utk besarkan)

utk tempahan boleh hubungi
03-4147 8600
atau layari
Operating Hours
9:00AM - 5:00PM - Monday to Friday

(tempahan kena 3 hari sebelum tarikh persembahan 
dan tempahan hanya sah selama 3 hari)

*kalau nak aku tolong book pun bole, tapi 100% tak dijamin korg akan dilayan!
**kalau nk jugak aku tolong, msg kat Facebook aku, bg nama penuh, no telefon, tarikh persembahan & seat number.
***facebook.com/shah.rizuan
____________________________________________

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...